Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

birthday boy ! =)

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, 5 May 2012

panduan pemakanan bayi

Panduan Pemakanan Bayi

Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food

Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru,  iaitu:
  1. Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
  2. Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
  3. Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
  4. Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
  5. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  6. Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.

Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)

Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.

Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan

Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana.. bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja.

Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja,Namun begitu dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak anda, yang dipengaruhi oleh keadaan seperti :
  • tumbuh gigi
  • keaktifan seseorang bayi
  • proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya
 Apa itu “ Baby -Weaning”?

Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid.. yang bertekstur halus.


APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA

UMUR 4 ~ 6 BULAN :

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi  dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah  Brown Rice ,  Avocado  & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin


UMUR 7 ~ 8 BULAN :

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

 UMUR 8 ~ 10 BULAN :

Brown Rice, Oat, Barley ,  Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)


UMUR 10 ~ 12 BULAN :

Semua jenis grain ,  Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY



Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)

Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

  CARTA MAKAN BAYI




disclaimer: this chart is conservative in nature.
it should NOT be used to replace the advice of your doctor.


baby nasi lemak

salam....
harini tetibe tringin nak buat nsik lemak,,,husband pon pelik,, rajin nyer wife aq wat nasi lemak kan... hehe,, rayyan pon bgun lmbt.. boleh le benasik lemak.. hehehe.. 


bahan-bahan(pandai2 agak lah yer )

-1 1/2 cup beras
- 2 cup santan
- sehelai daun pandan
- halia sikit

masukkan semua dalam periuk nasik.. tumbuk sikit halia tu, dan masak lah mcm msak nasi. saye xletak garam sbb nak buat nsik utk rayyan sekali.


sambal nyer :: resepi asal

sebiji tomato (blend)
1 kiub puri carrot @ sikit carrot (blend)
bwah merah + putih (ditumbuk)
1 tsp serbuk ikan bilis sangai
sedikit olive oil 

tumbuk bawang merah dan bawang putih. tumis dengan sedikit minyak. masukkan bahan blend. kacau sehingga masak. bila hampir masak, masukkan serbuk ikan bilis sangai. SIAP!

buat telur dadar sikit... jgn letak garam yer
cubaan pertama buat nasik lemak bejaya !! yes.. hehe..




Wednesday, 2 May 2012

jom bersoup..

salams..
last saturday, blik kg.. mm... spt biaselah, lau blik kg semesti ade ikan2 fresh.. thanks kat abah !
so abah ade belikan ikan gegerut.. ikan isi lah.. buatkan untuk lunch rayyan..

resepi sup ikan ::

 seketul isi ikan gegerut
bawang merah + putih (ditumbuk)
1 kulit kayu manis & bunga lawang
1tsp serbuk sup
1tsp serbuk ikan bilis ( terpulang nak letak @ tidak)
carrot
air yer (ikut suke lah)

cara ::

mule2, tumis lah bwng yg dah dtumbuk td , then msok pula, kulit kayu mnis n bunga lawang, bile dah naik bau tu, msokkn air dan carrot diikuti dgn serbuk sup. biarkan kejap, msokkn ikan n serbuk ikan bilis, masak smpai ikan n carot lembut yer.. SIAP!
taroh ler daun sup untuk penaik bau.. NYUm2... 

p/s :: mmg saye biokan ikan tu lelame sikit sbb nak kan rase stok ikan, air pon xbnyak sbb nak kan sup tu pekat sedikit,, kne rajin upsidedown kn ikan tu utuk masak sekata.. =)


rasenyer, ni lah 1st time buat sup tnpe garam yg paling sedap untuk rayyan...  huhuhu..



haiyak, kne jnuh nak mkn pon kne ber video ka rayyan ? haishhh.. 


 terbukti kesedapan masakn ummi kan ?? hahahahha.. masok bakol.. 


paling frust!! pepenat simpan dlm thermos, nak buat utk dinner, sesedo dah basi.. menangis xhingat.. huhu.. mcm pelik lah jugak,, cmne leh basi, rupenyer, thermos ni xdbasoh dan disental dgn baik (lefover sup ayam basi).. MMG PADAN MUKE LAH !! femalas lg.. huhu.. lesson! ..

last2, for dinner bg rayyan makn makaroni gn ikan msak kari, amek isi aje,, basoh sikit ikan kari tu, sbb berperisa, nasib lah ikn tu manis.. tedappp  je.. tp rayyan xmkn sgt sbb dah mengantuk bangat..